Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Keadaan sekitar dermaga..
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Keadaan sekitar



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 3-Jun-2007 05:55
Eksplorasi Jejak Warisan Melayu - Pulau Penyengat, Bintan - Pt 2
Pulau Penyengat ni hanya terletak lebih kurang 6 km sahaja dari Tanjung Pinang dan kami menaiki bot kat Dermaga ke Pulau Penyengat dekat Jeti Tg Pinang untuk ke sana dengan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.. Pulau Penyengat ini merupakan petempatan keturunan pahlawan bugis yang terkenal iaitu Raja Haji sangat terkenal pada kurun ke 18 di Kepulauan Riau.. Sebelum ini, pulau kecil ini telah melahirkan seorang penyair gurindam yang terkenal iaitu Raja Ali Haji yang masyhur dengan 'Gurindam Dua Belas' nya.. gurindam ini selesai ditulis oleh Raja Ali Haji pada 23 Rejab 1263 Hijrah atau tahun 1846 Masihi.. ia merupakan karya yang dapat dikategorikan sebagai puisi yang bernas kerana intipatinya diserikan dengan nasihat dan petunjuk tentang kehidupan yang diredhai oleh Allah dengan bersandarkan tasawuf..

Pulau Penyengat ini merupakan pusat ajaran Islam di Riau yang telah diusahakan oleh Raja Ali.. Beliau merupakan pengikut ajaran islam yang sangat kuat pegangannya di mana beliau melarang dengan keras aktiviti perjudian, pergaulan bebas kaum lelaki dan wanita serta pelbagai lagi larangan agama Islam... suatu ketika dahulu, dengan populasi 9,000 penduduk, Pulau Penyengat sering didatangi oleh penuntut ajaran islam yang datang dari pelbagai negara.. Sehingga kini dari 2,500 penduduk Pulau Penyengat, 99% beragama Islam dan 1 per 3 dari mereka adalah keturunan diraja Pulau Penyengat dan aktiviti ekonomi mereka adalah menangkap ikan dan sebahagian mencari rezeki di Tanah Besar di Tanjung Pinang..

Menurut fakta sejarah, sejarah Kesultanan Melayu di Pulau Penyengat menemui penghujungnya apabila sultan terakhir Riau - Lingga, Sultan Abdul Rahman Muazzan Shah enggan menandatangani kontrak dengan Belanda untuk menamatkan hak dan kuasa Sultan dan Pembesar Riau.. Kemudian, Belanda memaklumkan baginda bahawa istana dan pelbagai harta baginda dirampas.. untuk menyelar tindakan Belanda, baginda memerintahkan rakyat Penyengat untuk memusnahkan harta Belanda di Pulau tersebut..

Biarpun saiz Pulau ini yang sangat kecil, Pulau Penyengat tetap menjadi tumpuan kerana kesan sejarahnya yang penuh dengan kebudayaan melayu.. kitorang sempat singgah di beberapa tempat yang menarik di pulau kecil ini di antaranya Kompleks Makam yang menempatkan Makam Raja Ali Haji, Mesjid Raya Sultan Riau, Balai Adat Melayu Indera Perkasa dan Gedung Mesiu (Tempat Meriam)..

~ Pulau Penyengat, Bintan ~

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.