Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 2-Jun-2007 02:13
Eksplorasi Jejak Warisan Melayu - Tg Pinang, Pulau Bintan - Pt 1
Sempena cuti keputeraan agong hari tu, kitorang sekeluarga berpeluang menjejakkan kaki ke Tanjung Pinang, tempat warisan bangsa melayu.. mula-mula sampai sana mmg agak tak expect yang orang2 sana bercakap lebih kurang kita dan bukan bahasa indonesia.. mmg derang cakap melayu..

Sebenarnya kitorang ikut rombongan kawan-kawan masjid ayah yang ingin merapatkan hubungan masjid dengan masyarakat kat Tg Pinang. Since dapat peluang pegi berjalan, aku pon ikut je la.. boleh tgk jejak warisan bangsa melayu kita.. rasa bangga jugak la jadi orang melayu sebenarnya..

Untuk ke Tg Pinang, kitorang naik feri kat The Zone Ferry Terminal... kitorang nye feri bertolak kul 10 pagi... Sepanjang perjalanan tuh kitorang naik kat bahagian atas untuk menikmati permandangan perairan Johor-Singapore-Riau.. Kitorang dapat tgk kawasan Permas, Pasir Gudang dan Singapore. Masa lalu kat area Permas - Pasir Gudang, feri tuh jalan laju jugak la.. tapi bile masuk Singapore di slow down sikit.. katanya kat Singapore ada speed limit.. macam kat jalan raya la pulak kan.. hehe.. Perjalanan kitorang amik masa lebih kurang 2 jam setengah, so kitorang sampai kat Tanjung Pinang dalam kul 12.30 waktu Malaysia atau 11.30 WIB (Waktu Indonesia Barat).

Sampai2 sana, jawatankuasa masjid kat sana fetch kitorang dan bawak kitorang check in kat Sampoerna Jaya Hotel.. lepas lunch kitorang rehat jap kat bilik before pegi ke destinasi seterusnya Pulau Penyengat.. anyways, kat bawah ni, aku dah summarize sket2 pasal history Pulau Bintan dan Tanjung Pinang... ;)

-------------------------------------------------

Pulau Bintan merupakan pulau terbesar di kalangan 3,200 pulau yang berada di Gugusan Riau dengan populasi seramai 200,000 orang penduduk yang merangkumi Melayu, Bugis, Cina & Orang Laut. Sejak tahun 1945, Pulau Bintan ini telah menjadi sebahagian daripada Kepulauan Riau di bawah pemerintahan Republik Indonesia.

Pulau Bintan ini amat sinonim dengan pelbagai catatan sejarah yang melibatkan bangsa Melayu di mana suatu ketika dahulu ia pernah menjadi sebahagian daripada Jajahan Kesultanan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah (1459-1466). Ia menjadi popular secara politik apabila Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke Bintan pada tahun 1521 selepas kejatuhan melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Baginda mangkat di Sumatera pada tahun 1528 dan anakanda baginda, Sultan Alauddin telah berpindah ke Johor bagi meneruskan perjuangan bangsa melayu.

Suatu ketika dahulu, Bintan merupakan pusat kepada Kesultanan Melayu Johor, yang telah membina kekuatan politik dan budaya pada kurun ke 17 dan 18. Pulau ini memainkan peranan penting dalam adat dan budaya Melayu. Bintan juga pernah terlibat dengan pelbagai peristiwa sejarah, di antaranya Perang Segitiga antara Johor, Portugis dan Acheh.

Pada abad ke 18, Kesultanan Melayu Johor menghadapi krisis politik dan pemerintahan Bintan telah jatuh ke tangan Bugis. Semasa pemerintahan Bugis, Bintan telah menjadi pusat perdangangan yang kuat di mana ia telah menarik pedagang dari Barat, China dan India. Bintan juga telah melahirkan pahlawan Bugis yang terkenal iaitu Raja Haji. Beliau telah membina sebuah kubu di Pulau Penyengat yang menjadi pusat pertahanan Bintan. Beliau berjaya mengawal tempat tersebut sehingga beliau terkorban dalam pertempuran dengan Belanda di Melaka pada tahun 1784. Beliau disemadikan di Pulau Penyengat. Sultan Johor, Sultan Mahmud merupakan menantu beliau telah menghadiahkan Pulau Penyengat kepada isterinya Raja Hamidah yang juga anak kepada Raja Haji.

Anak Raja Hamidah telah memerintah Kepulauan Riau dari Pulau Penyengat dan saudara tiri Raja Hamidah memerintah Lingga ke selatan. Stanford Raffles telah mengambil kesempatan dari Putera Penyengat pada tahun 1819 di mana baginda telah menyerahkan Singapura kepada beliau sebagai ganti kepada jumlah wang yang besar dan perlindungan daripada kerajaaan British.

Pada masa ini, Tanjung Pinang, pekan kecil yang sibuk ini merupakan pusat pemerintahan bagi Pulau Bintan. Ia merupakan pusat tumpuan pengunjung yang datang dari negara jiran iaitu Malaysia dan Singapura. Pengunjung dari Malaysia yang ingin bertandang ke Tanjung Pinang boleh menaiki feri dari The Zone Ferry Terminal di Johor dan perjalanan mengambil masa dalam 2-3 jam.

~ Tanjung Pinang, Pulau Bintan~
~ Jeti Tanjung Pinang ~

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.